fbpx

36 tahun berniaga, gerai jual laksa musnah dalam sekelip mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan tingkat atas Pasar Besar Kuala Krai yang musnah dalam kebakaran yang berlaku awal pagi tadi.

KUALA KRAI – Seorang peniaga laksa di tingkat atas Pasar Besar Kuala Krai di sini terkejut apabila lot gerai yang disewanya sejak 36 tahun sekelip mata musnah dalam kebakaran yang berlaku awal pagi tadi.

Aminah Mohd. Daud, 54, berkata, 10 lot gerai yang disewanya itu terbakar 100 peratus dalam kejadian tersebut.

Menurutnya, dia yang berniaga di pasar berkenaan selama 36 tahun mengalami kerugian lebih RM10,000 apabila semua barangan yang berada di gerainya terbakar.

“Saya terkejut menerima panggilan daripada seorang rakan kira-kira pukul 2 pagi yang memaklumkan bahawa Pasar Besar Kuala Krai terbakar.

“Habis semua usaha saya menjalankan perniagaan laksa musnah dalam kebakaran itu,” katanya.

Sementara itu, saksi kejadian, Abdul Razak Mamat, 51, berkata, dia yang ketika itu bertugas sebagai pengawal kesematan di sebuah bangunan berhampiran pasar itu melihat kepulan asap dan api yang sedang marak di pasar itu kira-kira pukul 1.20 pagi.

“Saya terus menghubungi talian kecemasan sebelum jentera bomba tiba beberapa minit kemudian.

“Difahamkan, 30 buah gerai yang terletak di tingkat atas pasar itu musnah dalam kebakaran tersebut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI