fbpx

Johor, Sarawak dilanda hujan lebat, angin kencang pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di dua negeri sehingga 12 tengah hari ini.

MetMalaysia memaklumkan, negeri yang terlibat adalah Johor di kawasan Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Bagi Sarawak pula, ia melibatkan kawasan , Sibu, Mukah (Matu dan Dalat) dan Kapit (Song dan Kapit),” katanya.

Sementara itu, cuaca baik dan cerah dijangkakan berlaku dia seluruh semenanjung negara dan Sarawak.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI