fbpx

Warga Teluk Intan, Tapah berhadapan masalah air sejak Sabtu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGGUNA yang terjejas mengambil air di lori tangki air disediakan LAP di Teluk Intan yang terputus bekalan sejak kelmarin.

TELUK INTAN – Ribuan penduduk Teluk Intan dan Tapah dekat sini menghadapi kesukaran kritikal kerana gangguan bekalan air sejak malam Sabtu sehingga hari ini ekoran kebocoran paip besi utama di Batu 7, Jalan Changkat Jong, Simpang Ganda di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, Lembaga Air Perak (LAP) berdepan kesukaran menjalankan kerja-kerja pembaikan dengan kadar segera disebabkan air sungai berhampiran melimpah kawasan kebocoran.

“Hujan lebat berlarutan turut menyukarkan kakitangan LAP mengenalpasti punca kebocoran yang berlaku.

“Alhamdulillah, pasukan LAP berjaya menyelesaikan masalah air yang bertakung di kawasan korekan dan kita mendapati punca kebocoran adalah pada ‘welding collar’ paip besi 700 millimeter (mm) yang dipercayai akibat pergerakan tanah,” katanya di sini semalam.

Katanya, kerja-kerja pembaikan secara kimpalan memerlukan ketiadaan air dalam paip tersebut dan proses pengeringan air dalam paip mengambil masa agak lama disebabkan saiznya yang besar dan injap berada jauh dari kawasan kebocoran.

“Kerja kimpalan juga mengambil masa ekoran rongga kebocoran yang agak besar dan memerlukan kimpalan dibuat secara beberapa lapisan.

“Kerja pembaikan telah dapat disiapkan pada jam 1 petang semalam dan kita dalam proses membuka injap air untuk memastikan paip dibaiki berkeadaan baik dan tidak bocor.

“Pemulihan bekalan air sekitar Teluk Intan akan berlaku secara berperingkat bergantung kepada kestabilan sistem. Kawasan tinggi dan hujung mungkin akan mengambil masa untuk stabil dan LAP akan terus memantau bekalan kepada pengguna,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI