fbpx

Tiada hujan tetapi Mentakab mula banjir, petanda bah besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAIRUL AZAMI di hadapan rumahnya yang mula dinaiki air di Kampung Batu Kapur di Mentakab dekat Temerloh hari ini.

TEMERLOH – Kawasan sekitar Mentakab di sini mula dilanda banjir apabila beberapa buah kampung di pinggir bandar itu mula dinaiki air sejak petang semalam.

Tinjauan Kosmo! di sekitar Kampung Batu Kapur dan Kampung Sungai Buluh di sini mendapati meskipun tiada hujan di kawasan itu namun air mula naik dan penduduk dilihat mengemas serta memindahkan barang masing-masing.

Seorang penduduk Kampung Batu Kapur, Hairul Azami Arifin,57, berkata, meskipun tiada hujan namun air naik begitu cepat menyebabkan rumahnya di bahagian bawah telah dimasuki air.

Katanya, dia yang tinggal bersama ibunya telah mengemas barang-barang penting dan berpindah ke rumah adiknya yang berdekatan sebagai langkah keselamatan.

“Memang air naik dengan cepat dan kalau dilihat dengan air yang berwarna kuning ini akan naik lebih tinggi, jadi saya bimbang banjir besar akan berlaku.

“Memang setiap tahun rumah dinaiki air namun saya tetap bimbang jika berlaku lagi banjir besar seperti pada 2021 yang turut menenggelamkan bandar Mentakab,”katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu seorang penduduk Kampung Sungai Buloh, Aminah Mohd Hanafiah,25, berkata, dia tidak menyangka air akan mula naik semalam memandagkan kebiasaannya banjir di kawasan itu berlaku bermula bula November.

Katanya, dengan keadaan air yang naik begitu cepat menyebabkan dia dan keluarganya telah bertindak mengemas barang-barang dan memindahkan barang-barang penting ke rumah saudara mara berhampiran.

“Saya difahamkan jalan ke hujung kampung telah ditenggelami air hingga ke paras lutut dan keadaan ini memang membimbangkan kami,”katanya.

Sementara itu berdasarkan InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Temerloh yang menempatkan 98 mangsa daripada 25 keluarga.

Katanya, seramai 36 mangsa ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Lanchang, 30 mangsa di Balairaya Mempateh, 19 mangsa di PPS Masjid Kampung Bongsu dan 13 mangsa du PPS Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI