fbpx

Banjir: Mangsa terjejas kembali meningkat di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kediaman penduduk di Kampung Tengah, Renggam, Kluang yang masih digenangi air hari ini.

KLUANG – Hujan di beberapa kawasan di Kluang, Ayer Hitam dan Renggam memaksa empat pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka sebelum ini dikekalkan untuk menempatkan 200 mangsa terjejas.

Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Dr. Azmi Rohani memberitahu, di Dewan Kampung Murni Jaya, di Kulai menempatkan 83 mangsa daripada 19 buah keluarga dari Kampung Murni Jaya, Kampung Sungai Siam, Kampung Sungai Sayong dan Kampung Sungai Besoi.

Katanya, untuk PPS di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Layang-Layang seramai 39 mangsa daripada 15 keluarga dari Taman Layang-Layang dan Kampung Paya Layang-Layang telah dipindahkan selepaa air Sungai Sayong melimpahi tebing dan memasuki kediaman penduduk.

“Sementara itu, seramai 62 mangsa daripada 26 buah keluarga dari Kampung Tengah Renggam masih ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Kampung Renggam.

“Daerah Batu Pahat pula, seramai 17 mangsa daripada tiga buah keluarga masih ditempatkan di PPS SK Seri Bunut berikutan kediaman masing-masing masih digenangi air sejak 7 Oktober lalu,” katanya.

Menurut beliau, berikutan itu jumlah mangsa yang ditempatkan di empat PPS adalah seramai 200 mangsa daripada 63 keluarga terjejas banjir di Johor setakat pukul 8 pagi hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI