fbpx

Lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Sedim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba melakukan operasi mencari seorang lelaki yang dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Sedim, hari ini.

KULIM – Seorang lelaki berusia 31 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Sedim, di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kulim Hi-Tech, Penolong Kanan Penguasa Bomba Azmir Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 5.41 petang tadi.

“Sembilan anggota bergegas ke lokasi dan maklumat yang diperoleh menyatakan seorang lelaki dipercayai lemas semasa mandi sungai di kawasan perkelahan Sedim,” katanya di sini hari ini.

Katanya, anggota bertindak membuat pemeriksaan di sekeliling kawasan air terjun serta melakukan pencarian di permukaan air dengan menggunakan tali.

“Bantuan tambahan termasuk Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) telah dikerahkan ke lokasi kejadian,” ujarnya.

Difahamkan, mangsa datang ke kawasan perkelahan di situ dari Pulau Pinang untuk beriadah bersama beberapa rakannya.

Kejadian dikatakan berlaku ketika cuaca dalam keadaan baik, namun air agak deras disebabkan hujan di kawasan hulu sebelum itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI