fbpx

Pengawal keselamatan maut dihempap pokok tumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Rizal maut akibat dihempap sebatang pokok tumbang di Kampung Bandar Hilir, Baling petang tadi.

SIK – Seorang penunggang motosikal maut akibat ditimpa pokok dalam kejadian di Kampung Bandar Hilir, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, mangsa, Mohd Rizal Aziz, 47, yang tinggal di Kampung Tanjung Besar dalam mukim Teloi, di sini disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Sekolah Kebangsaan Jeniang baru sahaja habis waktu bekerja dan mahu pulang ke rumahnya di Jalan Kubur Bandar Hilir.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, kejadian berlaku ketika hujan lebat dan ribut di beberapa kawasan termasuk Kampung Bandar Hilir.

“Angin kencang mengakibatkan sebatang pokok tumbang dan menghempap mangsa yang ketika itu sedang menunggang motosikal seorang diri,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sik, Penolong Penguasa Bomba Mohd Zulkhairi Mat Tanjil berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.58 petang dan sembilan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Anggota bomba mengangkat mangsa dan dibawa ke bahu jalan dan seterusnya pihak Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan kematiannya. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Daerah Sik untuk dibedah siasat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI