fbpx

[VIDEO] Suami, isteri tidak wajib tidur sebilik, tinggal serumah – UAI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ustaz azhar menjelaskan hukum berkaitan suami isteri tidur sebilik dan tinggal serumah.

PETALING JAYA – Pasangan suami isteri tidak diwajibkan untuk tidur sebilik dan tinggal serumah sebaliknya yang diwajibkan dalam agama Islam adalah nafkah.

Penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus berkata, nafkah batin tidak hanya tertumpu kepada hubungan kelamin, namun ia turut merangkumi keberadaan si suami disamping isteri.

“Nafkah batin yang dimaksudkan adalah kita hadir kepada dia (isteri), bukan jimak semata-mata. Hadir kita tubuh badan berdamping dengan isteri kita.

“Ada dia cakap atau maklum apa-apa kepada kita boleh dengar, nak pegang tangan kita pun boleh. Itu orang panggil hadir dan wajib kita hadir kepada isteri kita pada waktu malam menjelang maghrib sehingga fajar esok. Siang itu ikut kamulah nak pergi mana,” katanya dalam satu klip video baru-baru ini.

Tambah Ustaz Azhar, jika pasangan itu duduk serumah tetapi tidur secara berasingan dan salah seorang daripada mereka tidak reda, maka perbuatan tersebut tidak dibenarkan.

“Sebab dalam alam perkahwinan, tidur asing ini adalah satu bentuk hukuman kepada pasangan, kalau kita tidak suka apa yang dilakukan pasangan maka tidurlah berasingan.

“Tetapi kalau kedua-duanya reda dan tiada masalah, maka tidur asing-asing tidak mengapa,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI