fbpx

Carlos harap dodgeball dipertandingkan di Sukan SEA 2027

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Atlet kebangsaan, Carlos Goonting optimis bahawa pasukan dodgeball Malaysia mampu merangkul pingat emas sekiranya sukan tersebut dipertandingkan pada temasya Sukan SEA 2027 yang diadakan di Malaysia nanti.

Malaysia mempunyai reputasi cukup tinggi dalam sukan dodgeball memandangkan skuad negara kini berada di ranking No. 16 dunia secara keseluruhan dan lebih menonjol dalam kategori foam apabila skuad lelaki negara berada di kedudukan teratas dunia.

Menurut Goonting, kejayaan tersebut membuktikan bahawa Malaysia mempunyai potensi besar untuk menguasai sukan ini di peringkat Asia Tenggara mahupun di pentas dunia.

“Bagi saya, Malaysia ada banyak program yang bagus dan setiap tahun kita akan ada pemain baharu. Kita ada kejohanan dunia dan Asia setiap tahun, jadi kita memiliki banyak pelapis kebangsaan untuk pasukan wanita, lelaki, dan campuran.

“Kami semua bersedia untuk mengharungi cabaran itu dan membawa pulang emas buat Malaysia sekiranya sukan ini dipertandingkan di Sukan SEA 2027 nanti ,” katanya ketika ditemui pada Kejohanan Turo Thunder Throw 2024 bersempena Hari Sukan Negara (HSN) 2024 di The Curve, Mutiara Damansara, hari ini.

Dalam pada itu, Carlos juga berharap sukan dodgeball yang julung kalinya yang diadakan di pusat beli-belah dapat mempromosikan sukan tersebut kepada rakyat Malaysia dan menjadi medan pemain kebangsaan mempertontonkan bakat masing-masing serta menjadi ikon kepada bakat muda.

“Kejohanan seperti ini adalah inisiatif yang bagus untuk mengembangkan sukan dodgeball. Lebih banyak kejohanan seperti ini akan menarik minat ramai orang untuk mengenali sukan ini, dan secara tidak langsung ia akan berkembang dari masa ke masa,” tambahnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI