fbpx

Gadis kecil molek ‘lincah’ di padang kawad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI AISYAH dinobatkan sebagai Pelatih Terbaik Siskor pada Majlis Pentauliahan dan Tamat Latihan Siskor baru-baru ini.

Kecil-kecil cili padi. Itulah perumpamaan yang boleh menggambarkan gadis bernama Siti Aisyah Abu Hassan, 22, ini.

Meskipun fizikal badannya kecil molek, namun gadis berasal dari Kuala Lumpur itu sentiasa aktif dan bersemangat dalam badan beruniform.

Pelajar Sarjana Muda Sains Perubatan dan Kesihatan dengan kepujian di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) itu mula menyertai Kor Sukarelawan Siswa/Siswi Koreksional (Siskor) sejak semester satu.

“Saya memilih Siskor kerana berminat untuk meluaskan pengetahuan tentang unsur-unsur kepenjaraan dan mengubah persepsi terhadap banduan.

“Walaupun penat, tetapi pelbagai ilmu baharu dapat kita pelajari.

“Apabila terlibat dengar kor ini, masa akan terisi dengan pelbagai kenangan serta pengalaman yang tidak boleh dibeli,” katanya membuka bicara bersama iGen.

Ujarnya anak bongsu daripada 12 beradik itu, pada awalnya, dia tidak menyangka terpilih menyertai Siskor memandangkan fizikalnya yang kecil.

Siti Aisyah berkata, menyertai badan beruniform sepanjang pengajian di UniSZA cukup berbaloi apabila dia telah dinobatkan sebagai Pelatih Terbaik pada Majlis Pentauliahan dan Tamat latihan Siskor baru-baru ini.

“Saya tidak menyangka akan dinobatkan sebagai pelatih terbaik. Ini kerana, ramai lagi pelatih daripada skuad 04 dan 11 yang hebat-hebat berbanding saya.

“Pada masa sama, saya bersyukur kerana kejayaan saya ini disebabkan ilmu daripada jurulatih, pengalaman bersama rakan dan sokongan keluarga,” katanya yang bercita-cita menjadi seorang perfusionist.

biarpun aktif dengan aktiviti kokurikulum, namun Siti Aisyah tidak pernah sesekali mengabaikan pengajiannya.

Jelasnya, sebagai seorang pelajar perubatan, dia tidak berasa terganggu untuk terlibat dengan badan beruniform.

“Ini kerana, saya boleh membahagikan masa dengan baik.

“Saya tidak berasa terganggu kerana kelas kor Siskor hanya berlangsung pada hari minggu.

“Saya juga akan selesaikan tugasan semasa waktu lapang atau pada sebelah malam.

“Bagi projek akhir tahun pula, kebiasaannya berlangsung pada cuti semester,” katanya.

Tambahnya, pengalaman indah sepanjang program Siskor adalah ketika membuat projek akhir tahun serta dilantik menjadi Ketua Media Unified UniSZA yang berlangsung selama tiga minggu.

“Saya seronok dapat pengalaman baharu dalam menjalankan setiap projek.

“Saya juga bangga dengan skuad 04 dan 11 kerana dapat menjayakan setiap program.

“Meskipun masing-masing ada masalah kekangan masa, tetapi masih lagi dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik,” ujarnya.

Siti Aisyah yang juga Timbalan Bendahari Majlis Tertinggi Induk Sesi 2023/2024, Timbalan Yang Dipertua Squad 04 dan Setiausaha Media Siskor (MESIS) sesi 2023/2024 pernah memenangi tempat kedua penembak terbaik semasa aktiviti menembak sebelum ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI