fbpx

Nenek 92 tahun tayang skil menembak 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Li Guifang mahir menembak meskipun berusia 92 tahun dan buta sebelah mata. - QQ.com

BEIJING – Seorang nenek berusia 92 tahun di timur China menjadi sensasi internet apabila mendapat markah tertinggi dalam aktiviti menembak di Kazakhstan meskipun sebelah matanya buta, lapor laman berita South China Morning Post semalam. 

Li Guifang merupakan veteran askar dalam Tentera Sukarelawan Rakyat China (CPVA) yang berkhidmat dalam perang Korea pada awal 1950-an. 

Anaknya yang dikenali sebagai Wang berkata, lapang sasar di Kazakhstan itu pada mulanya tidak membenarkan ibunya menyertai aktiviti menembak kerana faktor usianya. 

“Namun, selepas mengetahui sejarah ibu, mereka bersetuju dan memberinya senapang kecil serta alat penglihatan,” kata Wang sambil menambah, penglihatan wanita itu terganggu akibat masalah katarak pada mata sebelah kanan. 

Dalam satu pusingan tembakan dengan 10 sasaran, tujuh daripada tembakan Guifang mengenai sasaran di bahagian dalam, manakala tiga lagi terkena bahagian luar.

Ia menjadikan markah wanita itu adalah 97 mata.

Pada pusingan lain, Guifang sekali lagi mendapat markah yang tinggi iaitu 87 mata. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI