PILIHAN makanan yang terhad di penjara dipercayai membuatkan penyanyi rap sensasi, P. Diddy berasa tertekan sewaktu dalam Pusat Tahanan Metropolitan Brooklyn, New York, Amerika Syarikat.
Menurut peguam Diddy, Marc Agnifilo, anak guamnya turut berkemungkinan berasa tidak selesa dengan rutin di pusat tahanan yang ketat.
“Saya rasa makanan mungkin bahagian yang paling berat. Dia juga perlu patuh pada setiap peraturan yang sudah ditetapkan dalam penjara,” katanya.
Bagaimanapun tahap emosi Diddy dilaporkan semakin stabil dan cuba untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran penjara.
Diddy dimasukkan ke pusat tahanan tersebut selepas dua hakim menolak permohonan rayuan untuk dibebaskan sementara menunggu perbicaraan.