fbpx

79 pelancong terkandas dipindahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelancong yang terkandas di Taman Negara Kuala Tahan dibawa keluar petang semalam.

JERANTUT – Seramai 79 orang pelancong yang terkandas di Taman Negara Kuala Tahan di sini akibat jalan dinaiki air dipindahkan semalam.

Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kuala Tahan, Sabri Abdullah berkata, pemindahan pelancong menggunakan bot dilakukan pihak polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) , Angkatan Pertahanan Awam dan JKKK Kuala Tahan.

“Operasi membawa keluar pelancong melalui tiga kawasan yang ditenggelami air di dua laluan di Paya Garok dan hadapan Sawmill Jerantut Feri.

“Operasi yang bermula pukul 3 petang berjalan lancar dan berakhir pada pukul 7 malam,”katanya di sini, hari ini.

Menurut, Sabri kebanyakan pelancong tempatan yang terkandas sejak empat hari lalu berasal dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perak.

Katanya, pelancong berkenaan terdiri daripada 41 orang yang menginap di Mutiara Taman Negara, Xcape Resort (16 orang), Liana Hostel (18 orang) dan Danz Eco ( empat orang).-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI