fbpx

F1: Peluang Schumacher kembali berlumba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MICK sudah dua musim meninggalkan litar selepas kali terakhir menyertai Haas, namun mungkin kembali bersama Audi. - AFP

LONDON – Pemandu muda Jerman, Mick Schumacher berpeluang untuk kembali dalam perlumbaan berprestij dunia, Formula Satu (F1) selepas Audi dikatakan sedang mempertimbangkan bekas pelumba Haas itu untuk menyertai pasukan Sauber musim 2025.

Schumacher yang kini memegang peranan sebagai pemandu simpanan pasukan Mercedes-AMG, telah kehilangan tempat di pasukan Haas pada penghujung musim 2022, menyaksikan dia terpaksa menunggu peluang untuk kembali berlumba di F1.

Namun, harapan Schumacher untuk kembali beraksi semakin menyinar selepas Ketua Pasukan Audi, Mattia Binotto mengesahkan bahawa pasukan tersebut sedang menilai beberapa calon termasuk Schumacher bagi mengisi tempat di Sauber.

“Kami tidak perlu tergesa-gesa membuat keputusan kerana barisan pelumba bagi pasukan lain sudah ditetapkan.

“Kami ada dua pilihan iaitu sama ada memilih pemandu berpengalaman untuk membantu perkembangan pasukan atau memilih bakat muda yang mampu mengiringi kami ke puncak,” kata Binotto.

Schumacher, yang merupakan anak kepada legenda F1, Michael Schumacher pernah mencuba nasib untuk menyertai pasukan Alpine, tetapi peluang tersebut tertutup apabila Alpine memilih pelumba muda Jack Doohan untuk musim depan.

“Kami sedang menilai Mick (Schumacher) secara serius. Saya telah lama mengenalinya bermula dari Akademi Ferrari dan dia adalah salah satu pelumba yang ada dalam fikiran kami,” tambah Binotto. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI