fbpx

EPL: Peminat desak Ten Hag ubah pendirian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMASS beraksi cemerlang pada aksi pramusim menyebabkan para peminat mendesak supaya dia diberikan peluang berada dalam kesebelasan utama. - AFP

MANCHESTER – Prestasi terumbang-ambing Manchester United pada awal musim ini memaksa para peminat mereka campur tangan apabila mendesak pengurus pasukan, Erik Ten Hag memberikan peluang kepada seorang pemain untuk beraksi dalam skuad utama.

United ketika ini menduduki tangga ke-14 saingan Liga Perdana Inggeris selepas hanya mengutip lapan mata dalam tujuh perlawanan, malah mereka bolos lapan gol setakat ini berbanding hanya mampu melakukan lima jaringan.

Situasi itu meletakkan Ten Hag dalam tekanan memuncak terutama krisis di benteng pertahanan kembali melanda seperti mana musim lalu apabila empat pemain berdepan kecederaan melibatkan Luke Shaw, Tyrell Malacia, Harry Maguire dan Noussair Mazraoui.

Kecederaan Shaw dan Malacia menyaksikan Ten Hag terpaksa menggunakan Diogo Dalot sebagai bek kiri menyebabkan prestasinya tidak begitu baik sekali gus memaksa para peminat memberikan cadangan pemain yang sesuai.

Mereka mendesak Ten Hag memanggil pemain berusia 17 tahun, Harry Amas untuk beraksi di posisi berkenaan biarpun sebelum ini dia didakwa belum bersedia secara fizikal untuk menembusi skuad senior pasukan itu.

Persembahan yang dipamerkan pada aksi pramusim memberi keyakinan kepada peminat bahawa pemain itu sudah bersedia untuk membuktikan kualiti dimiliki selepas percubaan menggunakan khidmat Dalot tidak berjalan dengan baik memandangkan dia adalah pemain bek kanan.

“Sudah tiba masanya untuk memberikan Harry Amass peluang. Dia layak untuk beraksi memandang Dalot hanya mampu bertindak sebagai pemain pertahanan tengah di sebelah kiri dan bukan bek kiri,” kata salah seorang peminat.

Kehilangan Mazraoui yang baru sahaja selepas menjalani prosedur jantung dan perlu berehat menyebabkan Ten Hag perlu mengembalikan Dalot ke posisi asalnya dan Amass perlu diberikan peluang beraksi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI