fbpx

Presiden Brazil dah muak, hilang sabar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JESUS (kiri) membuktikan pemain dari Liga Brazil mampu menjadi sandaran apabila meledak gol ketika menewaskan Chile 2-1 baru-baru ini. - AFP

RIO DE JANEIRO – Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva memberi amaran kepada pemain bertaraf bintang yang berpangkalan di luar negara untuk mengekalkan disiplin mereka supaya tidak diharamkan daripada bermain bersama skuad kebangsaan pada masa akan datang.

Sebagai rekod, Selecao dikritik hebat sejak awal tahun ini apabila gagal mempamerkan prestasi yang konsisten dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2026 ketika ini.

Meskipun memiliki ramai pemain berbakat, namun skuad kendalian Dorival Junior masih lagi bergelut untuk berada pada tahap terbaik kerana beberapa bintangnya gagal memberikan 100 peratus di atas padang.

Menurut laporan, Lula da Silva sedia untuk ‘campur tangan’ dengan isu skuad kebangsaan dan bakal menghubungi Presiden Persatuan Bola Sepak Brazil (CBF), Ednaldo Rodrigues dalam masa terdekat.

Kata Lula da Silva, adalah lebih baik mereka yang beraksi di liga domestik dipanggil menyarung jersi skuad kebangsaan selepas ini berbanding pemain ternama yang berkelana di luar negara terutamanya di benua Eropah.

“Pendapat saya, pemain di luar tidak ada lebih bagus daripada bakat yang ada dalam liga domestik kita.

“Saya lihat kualiti mereka agak setara tidak kira yang beraksi di liga tempatan atau luar negara. Jadi, lebih baik kita beri peluang sahaja kepada pemain di sini jika mereka (di luar Brazil) gagal membantu pasukan,” katanya.

Beberapa pemain mungkin terjejas jika arahan tersebut dilaksanakan seperti empat bintang Real Madrid, Rodrygo, Eder Militao, Vinicius Junior dan Endrick; dua tonggak Arsenal, Gabriel Martinelli dan Gabril Magalhaes serta Raphinha yang mewakili Barcelona.

Ketika ini, tujuh pemain yang beraksi di liga domestik diserap dalam skuad kebangsaan Brazil seperti Estevao Willian dan Igor Jesus. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI