fbpx

New Zealand hanya turunkan ‘skuad B’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEW ZEALAND turut berada dalam tahap terbaik ketika ini apabila berjaya menewaskan Tahiti 3-0, Jumaat lepas. - AFP

PASUKAN ranking ke-95 dunia, New Zealand tidak menolak kemungkinan bakal menurunkan ‘skuad B’ pada perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu Malaysia di Stadium North Harbour, Auckland hari ini.

Pengendali All Whites, Darren Bazeley berkata, sebahagian besar pemain utama masih lagi kepenatan selepas mengharungi perjalanan panjang ketika menentang Tahiti di Vanuatu pada saingan kelayakan Piala Dunia 2026, Jumaat lepas.

Namun, Bazeley tetap tidak mahu memandang rendah kualiti yang ada dalam skuad Harimau Malaya meskipun memiliki jurang ranking yang agak ketara ketika ini.

“Saya jangka kita akan buat rombakan dalam kesebelasan utama, tetapi bukan sepenuhnya.

“Apa yang pasti, saya anggap kita sebagai pilihan pada perlawanan persahabatan itu nanti kerana ini adalah peluang untuk menjadi pasukan utama memandangkan kedudukan ranking yang lebih baik.

“Mengenai pasukan lawan, kita juga boleh lihat mereka membawa pasukan yang cukup besar ke sini.

“Saya turut mendengar komen jurulatih lawan (Pau Marti Vicente) dan saya harap pemain dapat manfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri nanti,” katanya.

Sementara itu, Bazeley turut memuji keadaan Stadium North Harbour yang memiliki padang berkelas dunia yang membolehkan kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan menarik.

“Kita sudah melihat venue perlawanan dan keadaan padang cukup baik kerana ia seperti karpet (rumput). Pemain kami pasti gembira dan sudah tentu lawan pun akan puas beraksi di sini,” katanya.

Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia berdepan New Zealand ialah pada 2006 ketika dikendalikan pengendali tempatan, Norizan Bakar.

Pada saingan itu, skuad Harimau Malaya tewas 1-0 di Christchurch pada 19 Februari dan 2-1 di Auckland empat hari kemudian dalam dua perlawanan persahabatan antarabangsa.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI