fbpx

Cristiano Ronaldo, makin tua makin hebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO kini sudah menjaringkan gol dalam tiga perlawanan berturut-turut buat Portugal.

WARSAW – Kekecewaan sewaktu Kejohanan Euro 2024 seakan tidak memberi kesan besar buat bintang Portugal, Cristiano Ronaldo yang kini berjaya merekodkan jaringan dalam tiga perlawanan berturut-turut.

Biarpun sudah berusia 39 tahun tetapi Ronaldo masih mampu meledak satu gol dalam kemenangan 3-1 ke atas Poland dalam aksi Liga Negara-Negara Eropah di Stadium Nasional Warsaw awal pagi semalam.

Selepas kemarau jaringan pada kempen Euro 2024, kini Ronaldo berjaya melakukannya dalam tiga aksi berturut-turut selepas terdahulu meledak satu gol ketika menewaskan Croatia dan Scotland.

“Sekarang kami mempunyai lebih ramai pemain, malah daya saing yang kami sedang usahakan juga semakin baik. Sejurus tamat Euro 2024, kami adalah pasukan yang bersiap dengan lebih baik.

“Fokus dan objektif kami adalah Piala Dunia dan sekarang saya gembira dengan sikap serta personaliti pemain. Bagi kami perkara terpenting adalah prestasi pasukan.

“Agak bagus untuk kami melihat beberapa pemain yang mendapat debut dan secara semul ajadinya mereka mendapat keserasian dengan pemain lain,” kata pengendali Portugal, Roberto Martinez.

Portugal meraih tiga gol menerusi Bernardo Silva dan Cristiano Ronaldo dalam separuh masa pertama selain jaringan sendiri pertahanan Poland, Jan Bednarek di babak kedua, manakala gol sagu hati Poland dijaringkan oleh Piotr Zielinski.

Pada saingan Euro 2024 sebelum ini, Portugal yang terikat tanpa jaringan dengan Perancis dalam tempoh sebenar permainan terpaksa akur tersingkir di suku akhir selepas tewas 3-5 dalam penentuan sepakan penalti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI