fbpx

Yamal perlu biasakan diri kena terjahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YAMAL (tengah) terpaksa dikeluarkan awal selepas mengalami kecederaan disebabkan terjahan-terjahan keras pemain Denmark. - AFP

CHURRA, Sepanyol – Pengurus Sepanyol, Luis de la Fuente enggan menyalahkan pemain Denmark dan menganggap terjahan yang dilakukan akan mematangkan bintang mudanya, Lamine Yamal.

Bintang Barcelona itu tidak dapat menamatkan 90 minit permainan ketika La Roja mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Denmark pada aksi Liga Negara-Negara Eropah di Estadio Nueva Condomina awal pagi semalam.

“Lamine (Yamal) bermain dengan sikap yang hebat, namun biarlah pemain lawan menyepaknya kerana ini adalah sukan bola sepak. Saingan fizikal akan berlaku dan kami perlu membiasakan diri seperti peraturan yang ditetapkan.

“Itu juga sebabnya pengadil ditugaskan dalam perlawanan. Dia kena biasakan diri dan belajar bila masa yang perlu dia rampas bola,” katanya.

Pada perlawanan itu, La Roja yang hadir selaku juara bertahan mengesahkan kemenangan selepas memperoleh gol tunggal menerusi Martin Zubimendi dan De la Fuente menganggap separuh masa kedua sebagai detik penting kepada kejayaan kali ini.

“Di separuh masa kedua kami harungi perlawanan dengan sedikit berbeza di mana kemasukan pemain gantian memberikan tenaga tambahan dan kami mampu bermain dengan lebih selesa.

“Kami tahu Martin (Zubimendi) akan jadi taruhan buat pasukan, dia juga bermain dengan cukup tenang dan mampu melakukan keputusan tepat. Dia mungkin tidak menjaringkan banyak gol tetapi kemasukannya berjaya menghadirkan sesuatu buat pasukan,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI