fbpx

Aina sudah tukar, kali ini kejar kemanisan nak orang sayang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENANTIAN berakhir dan ramalan terjawab, Aina akhirnya berjaya menggenggam trofi Bintang Paling Popular ke-36 sekali gus mengukir sejarah tersendiri dalam lipatan kerjaya seninya.

BUKAN satu perjalanan yang mudah untuk berada di posisinya sekarang. Bermula sukar, kini satu demi satu kejayaan berada dalam genggamannya.

Terus mengukir sejarahnya sendiri, pemilik nama penuh Nurul Aina Abdul Ghani itu dijulang sebagai Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular ke-36 (ABP36), Jumaat lalu.

Meski ada yang berpendapat kemenangan tersebut menepati ramalan, namun bagi Aina, dia tidak menjangka trofi didambakan ramai anak seni itu kini menjadi miliknya. 

Baginya, kejayaan itu merupakan hasil usaha para peminat setia iaitu Ainations yang tidak lelah menabur undi bagi memastikan kemenangan menjadi miliknya.

“Kalau tanya, saya memang tak jangkakan kemenangan ini, ditambah pula perjalanan karier seni seorang Aina Abdul bukan sesuatu yang mudah.

“Ini semua hasil kerja keras peminat yang tanpa lelah menyokong dan mengundi siang malam.

“Selain untuk diri sendiri, keluarga, trofi ini saya dedikasikan kepada peminat tersayang, Ainations yang sentiasa menjadi tulang belakang karier saya,” katanya kepada HibGlam.

Membawa pulang gelaran Bintang Paling Popular meski namanya bukan menjadi pilihan utama, pelantun lagu Sumpah itu sentiasa meletakkan keyakinan kepada setiap aturan Allah SWT.

“Bagi saya, terlalu banyak telah dilakukan dan dikorbankan termasuk masa serta tenaga untuk mendapat gelaran Bintang Paling Popular ini. 

“Sejujurnya, saya tak mengejar tetapi 10 tahun kerja keras menjadi sangat bermakna dan tidak sia-sia.

“Namun, saya sedar menggunakan tempoh kerjaya selama 10 tahun kedengaran agak penting diri terutama bagi selebriti lain yang sudah bekerja lebih lama, tetapi inilah  hasilnya,” ungkapnya yang meraih sebanyak 8,882,662 juta undian.

Selepas
10 tahun berbakti dalam dunia nyanyian, Aina Abdul akhirnya dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular edis yang ke-36.

Doa ibu, gerun

Lebih manis, dia juga tidak menolak bahawa kejayaan tersebut adalah hasil doa dan restu daripada ibunya, Zaini Abdullah dan ahli keluarga selama ini.

Dia juga mengakui, kariernya sebagai penyanyi bukan sesuatu yang diinginkan sebagai seorang ibu.

“Sejak arwah ayah meninggal dunia dan dia (ibu) menggalas tanggungjawab tersebut dengan berdoa serta menyokong penuh kerjaya saya.

“Betullah orang cakap doa ibu tiada hijab dan perkara itu terbukti pada hari ini. Jadi, kemenangan ini ditujukan kepada ibu, abang dan Ainations yang mengundi berjuta-juta.

“Harap karya-karya saya selepas ini membayar semua penat lelah itu selain sedar tiada wang ringgit di dunia ini mampu membayar jasa mereka,” katanya lagi.

Enggan dirinya hanyut, penyanyi berusia 31 tahun itu menegaskan setiap kemenangan diraih adalah satu bentuk peringatan untuk terus bekerja keras menghasilkan karya lebih bagus.

“Trofi ini sebenarnya penanda aras untuk bekerja lebih kuat dan kemenangan ini sebenarnya agak seram serta menakutkan. 

“Kalau nak tanya rasa gembira, lebih kepada takut dan gementar sebenarnya sebab banyak yang perlu dibuktikan.

“Tetapi, pada usia sekarang, selagi saya jujur dalam karya, insya-Allah orang akan suka,” jelasnya yang mengakui menyasarkan trofi Penyanyi Wanita Popular berbanding Bintang Paling Popular.

Tampil tanpa fesyen aneh yang mengundang kecaman seperti dilakukan sebelum ini, Aina berkata, dia hanya mahu melalui satu momen disayangi orang ramai.

Mahu disayangi

Tampil tanpa fesyen aneh yang mengundang kecaman seperti dilakukan sebelum ini, Aina berkata, dia hanya mahu melalui satu momen disayangi orang ramai.

Ujarnya, pemilihan busana kebaya warna perak rekaan Amaze itu turut memberikannya keselesaan berbanding baju-baju yang pernah dipakai terdahulu.

“Ini memang fesyen pilihan saya, mahu menjalani detik manis dan busana yang selesa untuk bergerak.

“Kali ini, saya mengejar rasa kemanisan daripada orang ramai, tak mahulah asyik orang pandang pelik sahaja,” ujarnya lagi.

Bukan mengelak apatah lagi penat untuk berhadapan kecaman, dia memberitahu hanya mahu rasa disayangi ramai.

“Tidaklah penat tetapi saya nak orang sayang dan sejuk mata memandang. Apa pun, sopan adalah kriteria utama.

“Mungkin busana pelik itu boleh dilakukan pada hari lain juga sebab itu sudah seperti menjadi periuk nasi saya juga.

“Mak saya pun ada tanya tema baju saya kali ini, ‘ada nak over lagi ke?’” katanya tertawa kecil.

AINA kini masih dalam siri jelajah album baharunya, Imaji.

Kemenangan sulung

Kendatipun penganjuran ABP36 boleh dikatakan sedikit ‘suram’ berbanding tahun-tahun sebelum ini namun, tetap berjaya melakar kemenangan pertama kali buat beberapa nama yang selayaknya.

Tidak hanya Aina yang menjadi tumpuan, beberapa nama besar seperti Rita Rudaini, Aedy Ashraf, Khairy Jamaluddin dan Uyaina Arshad turut mencuri tumpuan kerana berjaya meraih kemenangan sulung mereka sepanjang menceburkan diri dalam bidang seni.

Rita untuk kategori Aktres Pembantu TV Popular dan Aedy yang memenangi trofi Aktor Filem Popular melakar sejarah manis sendiri apabila pertama kali mengenggam trofi selepas lebih dua dekad bergelar anak seni.

RITA bersyukur dan terharu diundi sebagai pemenang Aktres Pembantu TV Terbaik.

Selain itu, kemenangan Khairy Jamaluddin atau KJ bagi kategori Penyampai Radio Popular juga  mendapat ‘restu’ ramai selain menewaskan pesaing terdekat lain seperti Tyzo dan DJ Sonic.

Sementara, Dolla dan Anna Jobling pula terus mempertahankan kemenangan masing-masing selama dua tahun berturut-turut menerusi kategori Artis Kolaborasi Dua Berkumpulan Popular dan Aktres TV Popular.

Dalam pada itu, Uyaina Arshad turut Berjaya mengetepikan nama-nama besar lain seperti Raja Azura, Elly Mazlein dan Izzue Islam menerusi kategori Pengacara TV Popular.

Kejayaan kumpulan Senario dan Raja Ema merampas trofi Artis Komedi Popular serta Aktres Pembantu Filem Popular turut membuka mata ramai artis senior juga masih berbisa serta mempunyai pengikut. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI