fbpx

166 mangsa banjir di Perak, 51 keluarga terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemantauan kawasan banjir di daerah Kerian.

IPOH – Seramai 166 mangsa banjir melibatkan 51 keluarga terjejas ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di sini, setakat hari ini.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perak memaklumkan, tiga daerah di negeri ini yang teruk terjejas ialah Kerian, Kuala Kangsar dan Hulu Perak.

“Tiga PPS baru dibuka di Kuala Kangsar iaitu PPS DOR Kampung Lintang, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Lasah dan PPS Dewan Pandak Hamid, OAOSC Bawong yang masih melibatkan proses pemindahan mangsa terjejas.

“Tiga lagi PPS masih beroperasi iaitu melibatkan daerah Kerian iaitu PPS SK Changkat Lobak, PPS SK Parit Haji Aman Bagan Serai dan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Idris 2 (daerah Hulu Perak),” katanya di sini hari ini.

Katanya lagi, PPS SK Changkat Lobak menempatkan 71 mangsa (20 keluarga), PPS SK Parit Haji Aman Bagan Serai (65 mangsa, 20 keluarga) sementara PPS SMK Sultan Idris 2 menempatkan 30 mangsa daripada 11 keluarga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI