fbpx

Visven dicari bantu siasatan kes bunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAHRIN menunjukkan gambar lelaki yang dicari untuk membantu siasatan penemuan seorang lelaki yang tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di Taman Desa Harmoni di Kluang, semalam.

KLUANG – Seorang lelaki dicari bagi membantu siasatan penemuan seorang lelaki yang tidak sedarkan diri dengan kesan kecederaan tubuh badan di Taman Desa Harmoni di Kluang, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, penemuan seorang lelaki dalam keadaan terbaring kira-kira pukul 1 petang itu dimaklumkan kepada pihak polis oleh seorang pegawai bertugas Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang.

Katanya berikutan itu, sepasukan pegawai dan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah (IPD) Kluang dan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor telah berjaya menahan seorang lelaki berusia lingkungan 30 tahun pada pukul 11.22 malam tadi.

“Hasil soal siasat mendedahkan, seorang lagi suspek warga tempatan dikenali sebagai G. Visven, 40 tahun masih bebas. Orang ramai yang mengenalinya diminta hubungi balai polis berdekatan,” katanya dalam sidang akhbad di IPD Kluang, hari ini.

Dalam pada itu, menurut Bahrin, semakan ke atas lelaki yang ditahan itu didapati memiliki sembilan rekod jenayah lampau dan 11 rekod narkotik.

Ujarnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun dan dihukum dengan tidak kurang 12 sebatan jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI