fbpx

2 lelaki Bangladesh melecur kilang terbakar akhirnya meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH kilang di Kawasan Perindustrian SILC, Gelang Patah, Iskandar Puteri yang musnah terbakar, Khamis lalu.

JOHOR BAHRU – Dua mangsa yang melecur seluruh badan akibat kebakaran empat kilang di Kawasan Perindustrian SILC, Gelang Patah, di sini, Khamis lalu telah meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan berkata, dua mangsa tersebut merupakan warga Bangladesh yang berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun.

Beliau berkata, mangsa pertama disahkan meninggal dunia pada pukul 10 malam, Jumaat lalu dan seorang lagi pada pukul 2.15 pagi, semalam disebabkan kesan melecur yang teruk.

“Kedua-dua pekerja kilang yang melecur teruk akibat kejadian kebakaran itu maut ketika sedang menerima rawatan di zon merah Wad Kecemasan Hospital Sultanah Aminah (HSA).

“Sementara itu, seorang lagi mangsa kebakaran yang turut melecur masih menerima rawatan di hospital sama,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Khamis lalu, akhbar melaporkan empat kilang di Kawasan Perindustrian SILC Gelang Patah terbakar sehingga menyebabkan tiga lelaki iaitu pekerja kilang melecur teruk.

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Johor masih menjalankan siasatan secara terperinci bagi mengesan punca sebenar kebakaran empat kilang tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon dilaporkan berkata, kebakaran empat kilang berkenaan tidak menyebabkan berlakunya pencemaran udara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI