fbpx

Banjir: 462 mangsa di Baling, Sik dipindah ke PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan banjir di Kampung Tanjung Merbau di Baling, pagi ini.

BALING – Sebanyak 10 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Baling dan Sik sehingga pukul 12 tengah hari ini, susulan kejadian banjir yang melanda dua daerah itu, sejak malam tadi.

Menurut data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seramai 384 orang daripada 135 keluarga dipindahkan ke lapan PPS di Baling.

Di Sik, seramai 78 orang daripada 34 keluarga berlindung di dua PPS yang dibuka di Sik.

Dalam pada itu, operasi menyelamat mangsa yang terperangkap masih dilakukan pasukan penyelamat termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM), ketika ini.

Antara kawasan terjejas di Baling adalah Kampung Tanjung Merbau, Kampung Pantai di Lubuk Pedati, Kampung Haji Abas, Kampung Baru Siong, Kampung Bukit Sebelah dan Kampung Tanjung Langsat.

Kawasan yang dinaiki air di Sik pula antaranya Pekan Sik, Kampung Charuk Padang, Kampung Lubuk Tualang dan Kampung Jerai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI