fbpx

Hari Sukan Negara Titiwangsa disambut meriah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk menyertai program yang terdapat pada Hari Sukan Negara 2024 Peringkat Zon, di PPR Hiliran Ampang, hari ini. Foto SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR – Hari Sukan Negara Peringkat Kawasan Titiwangsa 2024 disambut meriah dengan penyertaan 600 orang belia yang berlangsung seawal pukul 7 pagi di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran Ampang.

Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Titiwangsa, Datuk Azizulrahman Mohd Hussain Malim berkata, Hari Sukan Negara itu mendapat sambutan yang sangat baik dan melibatkan pelbagai lapisan masyarakat.

“Setiap tahun kita tidak melepaskan peluang untuk sama-sama meraikan Hari Sukan Negara di lokasi berbeza sekitar Parlimen Titiwangsa.

“Pada kali ini, kita memilih lokasi PPR Hiliran Ampang manakala antara aktiviti yang disediakan adalah larian dan berjalan santai, permainan dam haji, catur, futsal serta mewarna.

“Aktiviti ini bukan sahaja disertai oleh anak muda tetapi ibu bapa juga turut mengikutinya di samping memberi sokongan kepada anak-anak mereka,” katanya ketika ditemui pemberita pada Hari Sukan Negara Peringkat Kawasan Titiwangsa 2024, PPR Hiliran Ampang, di sini hari ini.

Tambah beliau, penganjuran Hari Sukan Negara di kawasan itu mendapat kerjasama baik daripada pelbagai pihak seperti Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Majlis Belia dan Sukan Titiwangsa serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Titiwangsa.

Sementara itu, seorang peserta, Ku ahmad Wafiy Anas, 18, berkata, dia sangat teruja dan gembira dapat menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan.

“Setiap tahun saya tidak akan melepaskan peluang untuk menyertai aktiviti sukan pada Hari Sukan Negara kerana di samping melakukan aktiviti sihat, saya juga dapat mengeratkan silaturahim dan berkenalan dengan kawan-kawan baharu.

“Penganjuran Hari Sukan Negara sangat penting untuk melahirkan masyarakat sihat dan harmoni. Oleh itu, saya harap aktiviti ini dapat diteruskan pada masa akan datang,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI