fbpx

Banjir: Kulai daerah terkini terjejas di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH rumah penduduk di Layang-layang, Kulai ditenggelami air banjir, sejak petang semalam.

JOHOR BAHRU – Kawasan Johor selatan khususnya di Kulai mula dilanda banjir apabila seramai 70 mangsa daripada 17 buah keluarga ditempatkan di sebuah pusat penempatan sementara (PPS) yang dibuka, semalam.

Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Dr. Azmi Rohani memberitahu, semua mangsa dari kawasan Bukit Permai itu kini ditempatkan di PPS Dewan Kampung Murni Jaya.

“Sementara itu, dua daerah yang masih terjejas adalah Kluang dengan seramai 63 mangsa daripada 27 buah keluarga yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Kampung Renggam.

“Daerah Batu Pahat pula menyaksikan seramai 17 mangsa daripada tiga buah keluarga yang ditempatkan di PPS SK Seri Bunut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Azmi, Jabatan Meteorologi hanya mengeluarkan amaran ribut petir di daerah Tangkak dan Muar. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI