fbpx

Dua pegawai Maqis Johor direman 5 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua Pegawai Maqis Johor direman empat hari oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes kartel daging sejuk beku import yang didedahkan Disember lalu.-Foto KHAIRUL MOHD. ALI

JOHOR BAHRU – Dua pegawai Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor direman selama lima hari bermula hari ini oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru, di sini hari ini.

Orang kena tuduh (OKT) yang masing-masing berusia 27 dan 31 tahun itu direman selepas disyaki terlibat dengan sindiket kartel daging sejuk beku import yang didedahkan awal Disember lalu.

Perintah reman terhadap mereka dikeluarkan Penolong Pendaftar, Nur Izzaty Muhammad Zahari.

Kedua-dua suspek dipercayai melakukan jenayah berkenaan ketika berkhidmat di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor, Datuk Azmi Alias memaklumkan kedua-dua suspek ditahan di Ibu Pejabat SPRM negeri pada pukul 11 malam tadi.

“Mereka disyaki menerima rasuah bagi aktiviti penyeludupan bahan mentah sejuk beku dari negara yang dilarang untuk dibawa masuk ke Malaysia.

“Mereka ditahan bagi membantu siasatan yang dijalankan pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan ringkas, di sini hari ini.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 atas tuduhan menerima rasuah.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI