fbpx

[VIDEO] Nahas UiTM Dungun: Pemandu SUV direman dua hari lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek (dua dari kanan) dibawa keluar dari kamar mahkamah selepas direman dua hari bagi membantu siasatan melanggar empat pelajar UiTM Dungun, di Mahkamah Majistret Dungun, hari ini.

KUALA TERENGGANU – Perintah reman seorang suri rumah yang dipercayai merempuh mati tiga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun pada Rabu disambung lagi selama dua hari sehingga Selasa ini.

Permohonan reman tersebut dibenarkan Majistret Nur Amira Fatihah Osman di Mahkamah Majistret, di sini hari ini.

Suspek yang dikatakan mengalami kecelaruan mental itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, wanita berusia 49 tahun yang berpakaian lokap itu tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 8.45 pagi.

Beberapa ahli keluarganya termasuk anak dan cucunya kelihat menunggu di luar mahkamah sambil melambaikan tangan sewaktu kenderaan membawa suspek kembali ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun, di sini.

Kosmo! kelmarin melaporkan, ibu tiga anak tersebut ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan kes melanggar empat pelajar UiTM Dungun sehingga menyebabkan tiga kematian di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu.

Dalam kemalangan pada pukul 7.20 malam Rabu lalu itu, suspek yang memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda CR-V dikatakan merempuh dua motosikal dinaiki empat pelajar terbabit di hadapan pintu masuk kampus UiTM Dungun, di sini.

Tiga mangsa iaitu Khairil Anwar Jamaludin, 20; Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20 dan Muhammad Akmal Md. Tukirin, 25, maut manakala Muhammad Ammar Danish Mohammad Ridhuan, 20, pula cedera parah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI