fbpx

[VIDEO] Macam aksi dalam filem motosikal elak lori terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video seorang penunggang motosikal berjaya mengelak sebuah lori terbakar sedang bergerak laju tular di media sosial

SEREMBAN – Rakaman video memaparkan seorang penunggang motosikal berjaya mengelak lori terbakar yang sedang bergerak laju ibarat aksi dalam filem tular di media sosial sejak siang tadi.

Rata-rata orang ramai yang menonton insiden sempat dirakam kamera papan pemuka dari sebuah kereta di lokasi kejadian teruja melihat kecekapan penunggang motosikal berkenaan.

Pengguna aplikasi X, Irfan Hadi berkata, penunggang motosikal tersebut ternyata mempunyai skil menunggang yang tinggi untuk mengelak daripada perkara buruk menimpanya.

“Alhamdulillah skill brader motor terer. Mungkin dia amalkan ayat,” katanya.

Pemilik akaun aplikasi X, Aqil pula berkata, kejadian tersebut sangat berbahaya, tetapi penunggang motosikal tersebut memang bertuah.

“Bahaya gila lori tu, tapi abang motor ini steady,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari tadi, sebuah lori tangki yang membawa muatan minyak sawit terbabas dan masuk ke laluan bertentangan sebelum terbakar dalam nahas yang turut melibatkan tiga buah kereta di Kilometer 44.6 Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) arah ke utara.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, sebelum kemalangan berlaku, lori tangki berkenaan yang dipandu oleh seorang lelaki warga tempatan berusia 53 tahun dalam perjalanan dari Jasin, Melaka ke Klang, Selangor.

“Bagaimanapun, setiba di lokasi kejadian, lori tangki berkenaan gagal dikawal lalu terlanggar sebuah kereta jenis Proton Saga yang sedang dipandu di lorong kanan dan menyebabkan Proton Saga berkenaan berpusing dan melintang di tengah lebuh raya.

“Selepas itu, lori tangki telah melanggar besi penghadang jalan sebelah kanan sehingga memasuki laluan arah bertentangan sebelum berhenti di lorong kecemasan dalam keadaan terbakar.

“Akibat daripada kemalangan ini menyebabkan serpihan kenderaan berterabur di atas lebuh raya dan menyebabkan dua lagi kereta iaitu kereta jenis Perodua Bezza dan Mazda CX3 yang dari arah bertentangan terlanggar serpihan tersebut,” katanya kepada pemberita hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI