fbpx

Anwar seru rakyat bersukan untuk kekal sihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Rakyat digalakkan untuk bersukan bagi kekal sihat sentiasa, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar dalam satu hantaran di Facebook menyeru orang ramai untuk meluangkan masa untuk melakukan aktiviti sihat.

“Luangkan bersama keluarga, sahabat, masyarakat juga komuniti dengan melakukan sukan mengikut kesesuaian masing-masing,” katanya di sini hari ini.

Anwar berkata, beliau berharap supaya budaya sukan terus diamalkan bagi membina gaya hidup sihat.

“Sempena sambutan Hari Sukan Negara tahun ini yang disambut penuh meriah dan bersemangat diseluruh negara, moga budaya sukan terus diamalkan dalam membina gaya hidup cergas dan aktif ke arah negara bersukan,m.

“Selamat Hari Sukan Negara 2024!,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI