fbpx

Dua kenderaan rosak ‘ditelan’ tanah runtuh di Ampang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat di Taman Lembah Maju, Ampang hari ini.

AMPANG – Dua buah kenderaan mengalami kerosakan akibat kejadian tanah runtuh susulan hujan lebat di Taman Lembah Maju, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada pukul 7.14 petang tadi.

Katanya, seramai tujuh anggota serta dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati terdapat kejadian tanah runtuh berketinggian 10 meter.

“Tanah runtuh telah menyebabkan dua kereta jenis pikap masuk ke dalam longkang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, kejadian itu tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI