fbpx

Terbuka Arctic: Nasib berbeza dua wakil profesional

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SZE FEI-IZZUDDIN berpeluang meraih gelaran kedua berturut-turut selepas melangkah ke perlawanan akhir Terbuka Arctic. - AFP

KUALA LUMPUR – Nasib berbeza dialami dua beregu profesional negara apabila hanya beregu lelaki, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani melangkah ke perlawanan akhir pada Kejohanan Badminton Terbuka Arctic manakala beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai tersingkir.

Pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Energia Areena, Vantaa, Finland sebentar tadi, Sze Fei-Izzuddin meneruskan rentak cemerlang apabila membenam cabaran pasangan No.1 dunia dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang 19-21, 21-17, 21-18.

Lebih manis, keputusan itu menyaksikan beregu No.8 dunia berkenaan mencipta kemenangan pertama ke atas Wei Keng-Wang Chang dalam empat perlawanan dengan pertemuan terakhir di Terbuka Indonesia Jun lalu memihak kepada pasangan China tersebut.

Walaupun berdepan pilihan utama kejohanan, namun Sze Fei-Izzuddin langsung tidak menunjukkan rasa gentar apabila mengekalkan corak permainan menyerang yang membuatkan pemain lawan ‘sesak nafas’.

Menjelang perlawanan akhir esok, naib juara Asia itu akan menantikan pemenang perlawanan antara beregu Thailand, Kedren Kittinupong-Dechapol Puavaranukroh dan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dari Denmark.

Sementara itu, Soon Huat-Shevon tidak dapat mengikut jejak langkah rakan sepasukan mereka apabila akur dengan kehebatan pilihan kedua dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin selepas tewas 14-21, 8-21.

Kekalahan itu menyaksikan mereka gagal mengulangi pencapaian sebelum ini ketika melangkah ke perlawanan akhir Terbuka China sebelum menjadi naib juara bulan lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI