fbpx

Kayuhan terakhir Mark Cavendish di Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cavendish yang berusia 39 tahun sebelum ini dianggap sebagai salah seorang pelumba basikal lebuh raya terbaik sepanjang zaman apabila merekodkan 165 peringkat kemenangan sepanjang kariernya. - Foto AFP

LONDON – Pelumba berbasikal terkemuka Britain, Mark Cavendish akan bersaing secara profesional buat kali terakhir dalam kariernya pada kejohanan pertunjukan Tour de France (TdF) Criterium yang berlangsung di Singapura pada 9 hingga 10 November depan.

Cavendish yang berusia 39 tahun sebelum ini dianggap sebagai salah seorang pelumba basikal lebuh raya terbaik sepanjang zaman apabila merekodkan 165 peringkat kemenangan sepanjang kariernya.

Malah, pelumba Astana Qazaqstan itu turut menjadi atlet berbasikal yang menjuarai peringkat TdF terbanyak dalam sejarah dengan 35 kemenangan dengan kali terakhir dilakukan pada edisi 2024 pada Julai lepas.

Meskipun tidak bersaing dalam mana-mana kejohanan sejak TdF lalu, Cavendish mengakui masih lagi menjalani latihan seperti biasa untuk mengharungi kejohanan terakhir di Singapura nanti.

“Saya masih ada satu lagi komitmen kejohanan yang perlu diharungi tahun ini sebelum bersara sepenuhnya nanti. 

“Apa yang pasti, keputusan untuk bersara adalah muktamad kerana mustahil untuk saya bersaing dalam TdF pada tahun depan,” katanya.

Kejohanan pertunjukan TdF Criterium itu tidak mendapat pengiktirafan Persatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) tetapi masih lagi disertai beberapa pelumba ternama dunia seperti Cavendish dan juara Vuelta a Espana (Jelajah Sepanyol) empat kali, Primoz Roglic. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI