fbpx

Syed Yazid ‘bos’ baharu KLFA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Presiden baharu KLFA, Syed Yazid Syed Omar (duduk, tengah) bergambar bersama barisan kepimpinan Jawatankuasa sesi 2024-2028 pada Kongres ke-35 di Cheras, hari ini. - Foto oleh FARIZ RUSADIO/KOSMO!

SEPERTI dijangka, Syed Yazid Syed Omar yang juga ahli perniagaan dipilih menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) selepas menang Kongres Pemilihan KLFA Ke-35 di Cheras semalam.

Syed Yazid yang juga Exco Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) meraih 15 undi menewaskan Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid yang menyandang tugas pemangku presiden sebelum ini selepas terpaksa berpuas hati dengan 12 undi.

Syed Yazid yang bakal memimpin persatuan hingga 2028 mengakui tiada tempoh ‘bulan madu’ buatnya dan barisan Exco baharu dengan fokus akan diberikan untuk menyelesaikan isu tunggakan gaji pasukan Kuala Lumpur (KL) City.

“Alhamdulillah saya dapat menang Kongres pemilihan kali ini. Sebagai Presiden, ini adalah amanah dan tanggungjawab berat yang perlu dipikul kerana tumpuan selepas ini adalah cara kami menyelesaikan isu tunggakan gaji.

“Namun, saya tidak boleh memberi garis masa mengenai bila isu tersebut boleh diselesaikan (sepenuhnya) kerana kita perlu adakan mesyuarat untuk meneliti jumlah sebenar tunggakan termasuk Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Selain itu, fokus kita juga adalah untuk menaikkan kualiti pentadbiran pengurusan KL City serta mahu bertemu dengan barisan pemain selepas ini,” katanya kepada media semalam.

Sebagai rekod, KLFA sebelum ini diterajui oleh ahli politik, Khalid Abdul Samad sebelum membuat keputusan untuk melepaskan jawatan pada Mac lalu.

Dua jawatan Timbalan Presiden pula dimenangi Datuk Sri Wong Yeon Chai yang meraih 15 undi, manakala Datuk Kamarudin Hassan mendapat 18 undi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI