CABARAN Lompat Tali anjuran Yakult Malaysia dengan kerjasama Persatuan Lompat Tali Malaysia sempena sambutan Hari Sukan Negara 2024 peringkat kebangsaan yang diadakan di Putrajaya hari ini berlangsung meriah.
Pengurus Kanan Yakult Malaysia, Lim Siew Ling berkata, program Cabaran Lompat Tali sesuai dengan konsep pencegahan kerana ia lebih baik daripada mengubati.
“Bagi memeriahkan suasana Hari Sukan Negara ini, kami menyediakan sampel produk kepada peserta dan penonton.
“Melalui kerjasama dengan penganjur acara, kami turut membantu mempromosikan gaya hidup yang aktif dan sihat.
“Matlamat kami adalah untuk melibatkan orang ramai dalam aktiviti kecergasan sambil menekankan kepentingan penjagaan usus dengan memberi tumpuan kepada aktiviti lompat tali.
“Selain itu, Yakult merancang untuk meningkatkan penyertaan dalam acara kebangsaan seperti Hari Sukan Negara dan memperluaskan penglibatan dalam program sukan bagi mempromosikan kepentingan kesihatan usus dan kecergasan untuk semua peringkat umur,” katanya.
Program yang telah dilangsungkan di di Dewan Melati, Putrajaya disertai lebih 500 peserta selain dibahagikan kepada beberapa kategori yang berbeza. – KOSMO! ONLINE