fbpx

Enam ahli GISBH dituduh esok – KPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin.

KUALA LUMPUR – Seramai enam ahli GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) akan didakwa atas pertuduhan melakukan amang seksual dan pemerdagangan orang esok.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pendakwaan ke atas mereka akan dibuat di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi, Johor pada pukul 8.30 pagi.

Katanya, pertuduhan berkaitan amang seksual akan dijalankan ke atas seorang pekerja resort milik GISBH yang beroperasi di Kota Tinggi.

“Suspek lelaki berusia 20 tahun akan dituduh mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Mangsa dalam kejadian itu adalah seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dengan kejadian dilaporkan berlaku pada 1 dan 3 Jun lalu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mengulan lanjut, Razarudin berkata, lima lagi ahli GISBH termasuk dua yang masih bebas akan dituduh di mahkamah sama atas kesalahan pemerdagangan orang.

“Tiga suspek termasuk seorang wanita masing-masing berusia 28, 31 dan 57 tahun akan dituduh bersama dua lagi ahli GISBH yang masih bebas dengan kedua-duanya wanita berusia 60 dan 36 tahun.

“Salah seorang mereka merupakan pengurus resort milik GISBH yang beroperasi di Kota Tinggi.

“Mereka akan dituduh di bawah Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan,” katanya.

Razarudin berkata, terdapat empat mangsa terdiri daripada tiga wanita dan seorang lelaki berusia 30 hingga 57 tahun menjadi mangsa eksploitasi kerja paksa dengan cara ancaman.

“Kesemua mangsa dalam kejadian ini bekerja sebagai pembantu di resort berkenaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI