fbpx

Jalan utama ke Felda Bera Selatan ditutup akibat mendapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan jalan dari Pekan Bera ke Felda Bera Selatan berlubang akibat mendapan

BERA – Jalan utama menghubungkan tanah rancangan Felda Zon Bera ke Felda Bera Selatan di sini ditutup kepada semua kenderaan ekoran insiden runtuhan di sepanjang 10 meter (m) pada pukul 1.15 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir berkata, kejadian berlaku berikutan hujan lebat berterusan beberapa jam pada waktu malam menyebabkan air sungai melimpah sekali gus menyebabkan mendapan dan runtuhan.

“Siasatan awal mendapati mendapan dan runtuhan sepanjang 10 meter dengan kelebaran 16 meter menyebabkan kita terpaksa menutup laluan tersebut kepada semua kenderaan.  Penduduk dari arah Melati ke Bera (dan sebaliknya) dilencongkan di Jeti Sudin melalui Felda Triang 1” katanya hari ini.

Sementara itu, Jabatan Kerja Raya Daerah Bera dalam satu kenyataan memberitahu, pemasangan pelan pengurusan trafik di lokasi runtuhan dan tanda amaran lencongan dilakukan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI