fbpx

Anak harimau berusia lima bulan mati dilanggar 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. - NDTV

NEW DELHI – Seekor anak harimau berusia lima bulan mati selepas dilanggar oleh sebuah kenderaan dalam kejadian di daerah Nilgiris, negeri Tamil Nadu, lapor stesen penyiaran NDTV semalam. 

Seorang pegawai jabatan hutan berkata, kenderaan yang melanggar anak harimau jantan itu masih belum dikenal pasti. 

“Bangkai haiwan ini ditemukan oleh anggota jabatan hutan di jalan Kotagiri-Mettupalayam malam kelmarin.

“Semasa bedah siasat dilakukan, pakar veterinar mendapati tulang rusuk anak harimau ini  patah,” tambah pegawai itu. 

Siasatan kes itu sedang giat dijalankan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI