fbpx

ESSCOM tahan enam individu, rampas wang tunai RM1.4 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ESSCOM tahan enam individu dan merampas wang tunai berjumlah RM1,412,932 dalam serbuan Operasi JRS di Tawau semalam.

TAWAU – Pasukan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) menahan enam individu dan merampas wang tunai berjumlah RM1,412,932 dalam Operasi Jenayah Rentas Sempadan (JRS) di sini semalam.

Mereka yang ditahan itu berusia 40 hingga 47 tahun. Operasi itu turut disertai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman.

Komander ESSCOM, Datuk Victor Sanjos berkata, kesemua suspek ditahan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

“Selaras kejayaan Op JRS ESSCOM yang menyasarkan sembilan premis di Tawau, ESSCOM ingin menzahirkan penghargaan kepada 84 pegawai dan anggota LHDN, PDRM Bukit Aman dan ESSCOM.

“Objektif utama operasi adalah untuk menjamin keselamatan dan memelihara ketenteraman awam di Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) selain membanteras penyeludupan barang tidak bercukai secara menyeluruh sehingga ke akar umbi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, ESSCOM komited dalam membanteras aktiviti jenayah rentas sempadan terutama di ESSZONE bagi menyokong pembangunan negara dan pengukuhan sosioekonomi masyarakat berlandaskan nilai ihsan, kesejahteraan, keyakinan dan kemampanan demi memastikan hasrat agenda Malaysia Madani dicapai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI