fbpx

Senario serah trofi Artis Komedi Popular buat waris arwah Hamdan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Selain Apek dan Azlee, Senario turut dianggotai oleh lima pelawak lain iaitu Yasin, Lan Pet Pet, Wahid, Pok Ya dan Allahyarham Hamdan. - AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Kumpulan Senario sepakat menyerahkan trofi Artis Komedi Popular yang dimenangi menerusi Anugerah Bintang Popular ke-36 (ABP36) kepada keluarga rakan seperjuangan mereka iaitu Allahyarham Hamdan.

Salah seorang anggota kumpulan Senario iaitu pelakon, Saiful Apek atau nama lengkapnya Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff, 55, mengakui sudah berniat mahu menghadiahkan trofi tersebut kepada waris arwah sekiranya mereka memenangi dalam kategori tersebut.

“Saya memang dah jangka akan dapat satu sahaja trofi.

“Memang sudah ada niat tersebut, jadi dengan persetujuan anggota lain, kami nak hadiahkan trofi kepada waris Allahyarham Hamdan,” katanya kepada HibGlam pada sidang media selepas malam kemuncak ABP36 di sini, semalam.

Sementara itu, Azlee pula mengakui tidak sangka Senario berjaya meraih kemenangan tersebut memandangkan mereka bersaing dengan empat calon hebat yang lain iaitu Bell Ngasri, Jep Sepahtu, Joey Daud dan Sabri Yunus.

“Atas berkat kerja keras walaupun kami tak ada di kaca televisyen dan hanya bergerak dengan konsert dan beberapa program lain, tapi alhamdulillah Senario semakin dikenali semula.

“Kemenangan ini juga hasil doa semua dan undian peminat Senario yang masih sayang dengan kami serta akhirnya dapat pegang trofi untuk Artis Komedi Popular.

“Kami rasa amat terharu dan ini membuktikan Senario masih diterima ramai dan relevan,” ujarnya.

Selain Apek dan Azlee, Senario turut dianggotai oleh lima pelawak lain iaitu Yasin, Lan Pet Pet, Wahid, Pok Ya dan Allahyarham Hamdan.

Untuk rekod Allahyarham Hamdan Ramli meninggal dunia pada 5 Januari lalu di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru akibat jangkitan kuman dalam darah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI