fbpx

450 mangsa banjir di 5 PPS di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan banjir di Kampung Chikus semalam.

IPOH – Keadaan banjir di Perak tidak menunjukkan perubahan ketara apabila 450 mangsa daripada 132 keluarga masih ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara di tiga daerah di negeri ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata, Hilir Perak kekal sebagai daerah paling terjejas dengan 409 penduduk masih berada di tiga PPS.

“Seramai 249 orang ditempatkan di PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) manakala PPS Dewan Serbaguna Chikus (113) serta di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Langkap pula 47 penduduk masih berada di sana.

“Di Kampar, 25 mangsa kekal di PPS Dewan Serbaguna Dato Azman Mahalan, Kuala Dipang manakala daerah Hulu Perak mencatatkan 16 penduduk di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Perah,” katanya.

Cuaca di Perak hari ini agak cerah berbanding mendung dan hujan renyai semalam.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI