fbpx

F1: Tsunoda jadi pilihan Red Bull

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TSUNODA berada dalam senarai teratas Red Bull untuk bergandingan bersama Verstappen musim depan sekiranya Perez disingkirkan. - AFP

LONDON – Penasihat pasukan Red Bull, Helmut Marko mendedahkan pelumba dari Jepun, Yuki Tsunoda kini berada dalam ‘radar’ untuk menyertai Red Bull bagi musim Formula Satu (F1) 2025.

Sebagai rekod, Red Bull dikatakan sedang mencari rakan sepasukan terbaik buat juara dunia, Max Verstappen pada masa akan datang kerana Sergio Perez dilihat gagal memberi tentangan hebat dalam perlumbaan musim ini.

Dalam 12 perlumbaan terakhir, Perez hanya mampu mengutip 41 mata, jauh di belakang Verstappen yang meraih 195 mata dalam tempoh yang sama.

Lebih mengecewakan, kegagalan Perez dan Verstappen dalam 12 perlumbaan terakhir menyebabkan kedudukan Red Bull dalam persaingan gelaran kejuaraan pengeluar terus ketinggalan apabila dipintas pasukan McLaren.

Menurut Marko, berdasarkan fakta, Tsunoda adalah pemandu kedua terbaik Red Bull sejak tahun lalu selepas Verstappen dan mungkin pengurusan boleh memberikannya ruang atau peluang dalam masa terdekat.

“Tsunoda adalah calon untuk memandu bersama Verstappen pada musim 2025. Perlumbaan yang berbaki musim ini akan menentukan gambaran pasangan pemandu kami untuk tahun depan.

“Saya beri bayangan yang seorang seorang pemandu junior akan bersama-sama Verstappen dalam skuad utama nanti.

“Kami sudah memutuskan untuk memilih antara Liam Lawson dan Tsunoda. Mereka mempunyai jentera yang sama dan masing-masing kini mempunyai baki enam perlumbaan untuk membuktikan siapa yang lebih baik,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI