fbpx

Hujan lebat, angin kencang badai hampir seluruh Malaysia petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di hampir seluruh negara sehingga pukul 7 malam ini.

MetMalaysia memaklumkan, antara kawasan yang terlibat di utara Malaysia adalah Perlis, Kedah (Kubang Pasu) dan Perak (Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim).

“Bagi negeri pantai timur pula melibatkan Kelantan (Gua Musang), Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Bentong, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin),” katanya.

Selain itu, cuaca buruk turut berlaku di Selangor (Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

“Negeri Sembilan, Melaka dan Johor juga tidak terkecuali dari angin kencang dan hujan lebat. Di Sarawak, antara kawasan yang terjejas adalah Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang,” tambahnya.

Sementara itu, cuaca buruk juga dijangka melanda Sabah di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau), Pantai Barat (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Tawau dan Semporna), Sandakan (Tongod) dan Kudat (Kota Marudu).

MetMalaysia turut menyatakan Wilayah Persekutuan Labuan juga tidak terkecuali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI