fbpx

‘Kalau menang, tiada khidmat kepada industri pun sama juga’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syafiq teruja dengan kemenangan rakan seindustri yang lebih lama berkecimpung dalam dunia hiburan.

KUALA LUMPUR – “Saya tak rasa pun kemenangan itu dirampas sebab saya tak menang apa-apa pun.”

Demikian respons pelakon Syafiq Kyle berkenaan kemenangan aktor Aedy Ashraf pada Anugerah Bintang Popular ke-36 (ABP36), semalam.

Syafiq atau nama lengkapnya Mohd. Syafiq Shamim Abdul Razak, 32, bagaimanapun lebih teruja dengan kemenangan rakan seindustri yang lebih lama berkecimpung dalam dunia hiburan.

“Alhamdulillah, saya gembira atas kemenangan Aedy dan dia pun dah terlibat dalam industri seni lebih dari 20 tahun.

“Semalam pun saya ada berhubung dengan dia dan dia pun kata dia gembira dengan kemenangan ini.

“Ini semua adalah rezeki. Macam saya, keluar sampai tiga atau empat filem setahun juga adalah disebabkan rezeki. Saya tak boleh kawal semua itu,” katanya kepada Kosmo! Online semasa sesi penggambaran One Cent Thief 2, hari ini.

Selain itu, Syafiq turut menegaskan, penghasilan naskhah yang bermutu lebih penting berbanding penganugerahan yang diterima.

“Kalau dapat penghargaan daripada mulut seseorang yang memanggil kita untuk berlakon pun saya anggap itu sebagai anugerah. Bukan sekadar trofi semata-mata.

“Kalau menang tapi tak bagi apa-apa khidmat kepada industri pun sama juga, tak akan membangunkan industri pun.

“Begitu juga kalau kalah tapi seseorang pelakon itu melakukan sesuatu untuk pembangunan industri lakonan, itu lebih bagus,” ujarnya.

Semalam, Aedy berjaya menewaskan empat persaing terdekat iaitu Syafiq Kyle, Kamal Adli, Bella Ngasri dan Pekin dalam kategori Aktor Filem Popular ABP36.

Selepas kemenangan tersebut, rata-rata menyuarakan tidak berpuas hati dengan kejayaan Aedy kerana berasakan Syafiq lebih layak menang trofi terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI