fbpx

Jumlah mangsa banjir pindah ke PPS berkurangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan rumah seorang penduduk yang mengalami banjir termenung di Kampung Banggol Besi, Pendang. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN

 

PETALING JAYA – Seramai 2,680 mangsa banjir ditempatkan di 22 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negara setakat pukul 3.30 petang tadi.

Menurut laporan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa daripada 796 keluarga itu melibatkan penduduk di lima buah negeri.

Di Kedah, sebanyak 17 PPS dibuka membabitkan empat daerah yang menempatkan seramai 2,352 mangsa daripada 715 keluarga.

Di Perak pula, dua buah PPS dibuka di satu daerah melibatkan 136 mangsa daripada 40 keluarga.

Sementara itu, di Sarawak, Pahang dan Johor masing-masing sebanyak satu PPS dibuka di satu daerah.

Mangsa yang terlibat di tiga negeri tersebut berjumlah seramai 223 mangsa daripada 55 mangsa.

Daripada 2,680 mangsa itu, sebanyak 944 orang adalah lelaki, 1,033 wanita, 631 kanak-kanak manakala selebihnya bayi berusia kurang dua tahun.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI