fbpx

Ahmad Zahid seru masyakarat meriahkan sambutan Hari Sukan Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster Hari Sukan Negara di Facebook Ahmad Zahid.

PETALING JAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk hadir dan memeriahkan sambutan Hari Sukan Negara 2024 yang berlangsung di Putrajaya dari hari ini hingga 13 Oktober.

Beliau berkata, terdapat pelbagai aktiviti menarik menanti orang ramai semasa sambutan itu.

“Berkonsepkan “Malaysia MADANI: Sukan Baharu dan Sukan Rakyat”, HSN2024 bukan sekadar sambutan sukan, tetapi juga sebagai satu platform untuk menyatukan rakyat Malaysia melalui semangat kesukanan dan saling hormat-menghormati.

“Sambutan ini juga diharap dapat mengukuhkan semangat kekitaan dan perpaduan dalam masyarakat di samping untuk membudayakan masyarakat dengan amalan gaya hidup yang cergas dan aktif,” katanya di sini hari ini.

Beliau turut menyeru orang ramai meraikan sukan dan menjaga kesihatan diri.

“Ayuh bersama kita raikan sukan, sihatkan diri dan mengeratkan silaturahim sesama kita rakyat Malaysia!,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI