fbpx

Johor sasar 90 peratus ‘hotspot’ banjir diselesaikan tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. JAFNI.

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri menjangkakan kira-kira 90 peratus daripada 102 kawasan titik panas yang dikesan menjadi punca kejadian banjir dapat ditangani menjelang tahun hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, usaha menangani kawasan panas ini telah dibahagikan kepada tiga fasa yang bermula tahun lepas dengan peruntukan sebanyak RM170 juta.

“Tahun lepas, peruntukan sebanyak RM50 juta telah digunakan (projek atasi banjir), RM50 juta lagi tahun ini dan baki RM70 juta akan digunankan untuk fasa akhir tahun depan.

“Semua 16 pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini telah mengenal pasti 120 titik panas kawasan berlakunya masalah banjir. Setakat ini, kami telah berjaya menangani 60 peratus daripadanya pada tahun ini.

“Tahun depan, kami bercadang untuk menangani 20 peratus lagi, dengan baki 10 peratus dibawa daripada projek yang bermula pada 2023,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ketika ditemui pemberita selepas mewakili Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi merasmikan Karnival UDA 2024@Johor di Angsana Mall di sini semalam.

Mohd. Jafni menambah, penyelesaian masalah ini adalah sasaran utama kerajaan berdasarkan mesyuarat jawatankuasa pengurusan bencana negeri Khamis lalu.

“Kami telah membuat persiapan lebih awal dan mesyuarat membincangkan penempatan tenaga kerja dan sumber berikutan banjir baru-baru ini yang melanda Kluang, Batu Pahat dan Pontian pada 6 Oktober lalu,” katanya.

Tambahnya, semua Exco kerajaan negeri, bersama agensi seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) telah terlibat bagi memperkemaskan proses itu.

Mesyuarat itu turut dihadiri wakil Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Kerja Raya, Jabatan Saliran dan Pengairan (JPS), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam, Rela (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kesemua 16 warga tempatan majlis di Johor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI