fbpx

Enam daerah di Johor masih terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Endau membantu memindahkan beberapa penduduk di Kampung Sungai Padang, Endau, Mersing ekoran kediaman mereka dinaiki air.- Foto IHSAN BOMBA

JOHOR BAHRU – Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus mencatatkan penurunan dengan seramai 2,313 mangsa banjir masih ditempatkan di 20 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di beberapa daerah dalam negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, jumlah mangsa tersebut terdiri daripada 575 buah keluarga.

Ujarnya, setakat ini sebanyak enam daerah masih terjejas iaitu Johor Bahru, Segamat, Mersing, Kluang, Kota Tinggi dan Batu Pahat.

“Jumlah itu berkurangan berbanding seramai 3,182 mangsa banjir yang direkodkan pada pukul 4 petang semalam.

“Sementara itu, Kota Tinggi kekal menjadi daerah paling teruk terjejas ketika ini dengan seramai 1,110 mangsa masih ditempatkan di sembilan PPS yang masih dibuka,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Manakala daerah Pontian, Muar, Tangkak dan Kulai tidak merekodkan sebarang mangsa banjir ketika ini.

Tambah beliau, setakat pukul 8 pagi hari ini juga, dua jalan masih ditutup kepada pengguna iaitu Jalan Mawai Lama di Kota Tinggi dan Jalan Haji Suhud di Johor Bahru.

Tambah Vidyananthan, masyarakat juga diingatkan untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) norma baharu ekoran negara masih dibelenggu pandemik Covid-19 ketika ini.

“Sementara itu, keperluan asas khususnya makanan kepada mangsa banjir yang ditempatkan di 32 PPS seluruh negeri disediakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI