fbpx

Buli anak Tam Spider: Dua kertas siasatan sedang dilengkapkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rusdi ketika ditemui pemberita selepas program Hari Sukan Negara 2024 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Dua kertas siasatan berhubung kes buli melibatkan anak penyanyi kumpulan Spider, Tam atau nama sebenar Rustam Mustafah sedang dilengkapkan untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, satu kertas siasatan diberi arahan siasatan dalaman oleh pihak sekolah.

Katanya, Pejabat Peguam Negara (AGC) telah mengarahkan dua lagi kertas siasatan dilengkapkan semula.

“Bagaimanapun, keputusan melibatkan arahan siasatan dalaman tersebut pada bila-bila masa boleh disemak semula jika ada sebarang perkembangan terkini.

“Dua lagi kertas siasatan telah diserahkan semula dengan arahan untuk dilengkapkan semula siasatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas program Hari Sukan Negara 2024 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan polis akan merekod keterangan beberapa pelajar tingkatan lima sebuah sekolah berasrama penuh, di sini bagi membantu siasatan kes buli.

“Tiga kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan selepas menerima 12 laporan polis.

“Siasatan awal mendapati kesemua mangsa terdiri daripada pelajar berusia antara 14 hingga 16 tahun manakala pembuli pula terdiri daripada pelajar berusia 17 tahun.” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI