fbpx

Nahas UiTM Dungun: Dakwaan pemandu sakit mental tidak ganggu siasatan – JSPT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan membabitkan empat pelajar UiTM Dungun, 9 Oktober lalu.

KUALA LUMPUR – Dakwaan pemandu wanita menyebabkan kematian tiga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Dungun, di Terengganu, Rabu lalu menghidap sakit mental tidak menghalang polis menjalankan siasatan mengikut prosedur ditetapkan.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, proses ditahan dan reman dijalankan tanpa pengecualian.

“Ia termasuk mengambil keterangan daripada suaminya dan saksi-saksi kejadian.

“Polis juga akan mendapatkan laporan kesihatan wanita terbabit sebelum siasatan dilengkapkan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas Yusri, setelah selesai semua prosedur siasatan, wanita berkenaan akan dituduh di mahkamah.

“Sebarang tindakan lanjut sama ada akan diarah untuk rawatan psikiatri atau sebaliknya itu bergantung kepada keputusan mahkamah nanti,” ujarnya.

Dalam kejadian pukul 7.20 petang itu, empat pelajar terbabit kemalangan selepas dirempuh sebuah Honda CRV dipandu seorang wanita berdekatan pintu masuk kampus UiTM Dungun.

Rempuhan itu menyebabkan tiga pelajar maut dan seorang parah manakala kenderaan berkenaan pula terbabas memasuki parit di tepi jalan.

Tiga mangsa yang maut di lokasi kejadian ialah Ku Adib Aizad Ku Azmi dan Khairil Anwar Jamaludin masing-masing berusia 20 tahun dan Muhammad Akmal Md Tukirin, 25.

Difahamkan mereka dalam perjalanan pulang ke kampus sebaik makam malam bersama. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI